Episod Cinta
lebih kurang pukul 12 malam.
"kreeekkk". pintu dikuak.
"assalamualaikum, lisa....oh lisa.."
"ye.....oh. kak atul.." terkejut si adik apabila kepala kakak seniornya terjegul di muka pintu.
"ermm, nape kak?"
"x de pe....ni haaa.. ade org nak ckp.." jawab si akak lalu menghulur telefon bimbit di tangan. dan dengan serba salah dan penuh tanda tanya, si adik mengambil telefon tersebut.
"err... hello, assalamualaikum.." agak bergetar suara si adik.
" waalaikumsalam.." terkejut pabila suara garau yang menyambut di sana.
" lisa...adam ni. err... dgr eh..."
lantas adam melagukan lagu ulangtahun yang sebenarnya agak jarang didengar atau mgkin hanya lisa yg x pernah dgr sebelum ini dengan petikan gitar yang syahdu di situ.
hampir tersentuh seketika kerna terbuai dengan melodi dan suaranya.
" selamat hari lahir lisa..huhu"
"ermm... terima kasih tau.....terima kasih banyak banyak."
lisa malu sebenarnya. tak pernah sekali pun berbicara dengan adam yang merupakan senior tempat dia belajar dan sekelas juga dengan akak atul yang searas dengannya di kolej dang anum.
"nah akak..." huhuhu malu malu si adik.
" cewahhh. ade org wish besday laa.. adam xde nombor lisa.. tu dia suruh akak g bilik lisa nak wish besday katenye.." sambil menyambut telefon di tangan lisa.
" oh xpe lah kalo macam tu kak.. terima kasih eh.."
"same same, hepi besday lisa!"
lisa masuk kembali ke kamarnya.
baru tadi rakan rakan sekelas mem'prank' lisa dengan prank yg agk terkejut dengan ulat dan kek. masuk pula pelbagai panggilan dan pesanan yang memberi ucapan selamat hari lahir. dah tua laahh. jgn nakal nakal..juga panggilan daripada rumah. ucapan dari mama. abah. adik adik..huhu. gembira.
hampir melelapkan mata lisa kembali berfikir. kenapa adam yang entah sape sape telefon lisa tengah malam utk wish smate mate? bkn kenal pon hatta berbicara sekali pun tidak. wish je lah kt fesbuk kan ape susah. errrm....org yg ditunggu pun senyap sunyi tanpa satu pesanan boleh x igt. atau sebenarnya bahagia dengan hidupnya tapi adam yg xde kaitan pun boleh telefon. siap bergitar gitar lagi... berfikir dan berfikir hingga matanya dirasakan kabur dan semakin kabur akhirnyaa gelap. sunyi.
......................
< salam hai lisa! > tegur adam di laman sosial. adam sememangnya sangat rajin menegur lisa di laman sosial fesbuk dan ruangan chatting yahoo messenger (ym).
< lisa sihat? buat ape je? bla bla bla....
< sihat je.. x buat ape ponn. huhu. adam? bla bla bla...
mereka berbual bercerita itu dan ini. sekadar berbual kosong.
< eh adam. jom main lukis lukis. nak? >
< erm.... boleh jugak > jawab adam.
lisa mula membuka doodle yg mmg ade dlm ym. menconteng itu dan ini.
sudah jemu menconteng, adam mula melakar sesuatu.
< eh! doraemon!> lisa menaip pada papan kekunci.
< haah tp buruk laah.." jawab adam
"eh xlaa. oke la ni pandainyee adam lukiss..em nak save la..ala x boleh....."
"xpe.. t adam lukis kan yg betol betol adam bg lisa eh?"
"hiiiii, oke...kalo adam x sibuk adam lukis bg lisa tau.." jwb lisa gembira.
" weh lisa!" jerit AJ
" yep ape..?" lisa menjawab.
"ni haaaaa...." sambil menghulur sesuatu. " adam bagi"
" eeyhhhh. doremon..." lisa menyambut drpd tgn AJ. juga tersipu malu sebab agak ramai yg menyaksikan adegan tu. kebetulan kelas PJ haritu bergabung dengan kelas AJ.
" ahh adam kirim salam kat ko" memang adam sangat rajin mengirim salam pada lisa. dr dulu lagi. tapi lisa x pernah ambil tahu dan tidak peka lgsg senang kata tak peduli lah. mgkn sbb takut dan serik. mungkin.
lisa fikir adam dah lupe janjinya nak lukis kan doremon. ade jugak rupenye. =)
lisa : adam... thnx tau bg lukisan tu. cyap kaler kaler lagi. kreatif
adam : oh xpe..x susah pon mmg kene wat bnde tu...alang alang dah ade bg jelah..
lisa : t adam lukis benda lain pulak ea... lisa nak.. boleh? gurau lisa.
adam : bole aje...
...............................................
" cepat cepat!! adik adik bersedia... Dr Tee dah sampai!! " laung ketua kolej dang anum kepada semua yg terlibat utk menyambut perasmi termasuk lisa. hari ini tempat lisa belajar mengadakan hari konvo sekaligus hari terbuka kolej yg akn mempertandingkan kolej yg terbesih dan tecantik.
hari ini lah pelajar permpuan boleh masuk ke asrama lelaki dan pelajar lelaki boleh masuk ke asrama perempuan.
vios hitam kepunyaan seorang pelajar cina yg dikenali dengan kaya dan baik hati, cherry, tiba di hadapan kolej dang anum.dr Tee keluar drpd kereta dan paluan kompang mengiringinya masuk ke pintu gerbang kolej dang anum. lisa yg bertindak sebagai penyambut tetamu berdiri di tepi dan merenjis bunga rampai ke arah dr Tee. hari ini lisa berkebaya maroon, berbedak tipis dan sedikit solekan sentuhan akak akakn seniornya. naik rimas kerana dipaksa juga bersolek.
kelihatan adam yg menjadi ketua kepada pasukan kompang.
sewaktu kompang mengiringi dr Tee melalui pintu gerbang, adam dengan kacamata hitamnya sempat menegur dgn gaya yg agak menggoda. "hai lisa......."
lisa hanya senyum kelat dan menjeling pd adam. malu sebenarnya. atau mungkin. berdebar?
........................
tghari itu pelajar perempuan dibenarkan masuk ke kolej lelaki.
lisa dan rakan rakan puas mengelilingi bilik-bilik rakan lelaki yg sekelas dgn mereka.
terdetik juga di hati lisa. utk masuk singgah ke bilik adam. tapi lisa malu utk mengatakan hasratnya itu kepada rakan rakan yg lain. lisa keluar drpd asrama lelaki dan bilik adam sebenarnya bersebelahan dengan pintu masuk asrama. lisa nampak adam di pintu biliknya.
namun lisa hanya menjeling di hujung matanya sebab takut kantoi 'usha' dlm diam. heeee.
apabila tiba giliran lelaki masuk ke kolej dang anum lisa sudah duduk di luar bilik kerana takut dan kalau boleh x nak bg org masuk bilik pon. biar org x tau dimana bilik lisa.
tapi lelaki.......
dah kate masuk bilik pompuan tu memang lahh. mcm zoo dibuatnye. haruu.
mase lisa masuk bilik nak jenguk ape yg berlaku.lisa perasan. ade adam. tgh pusing pusing bilik. sambil pegang sesuatu.
bilik tgh penuh dgn orang orang. tiba tiba.
"nah...."
adam menghulur sejambak bunga.
"eh ape ni.....x nak lahh..."
lisa menolak. malu weehh.....ramai org plak mase tuh..
"amek je laah....dah org bgi.." salah seorang bersuara.
lisa menyambut juga bunga tersebut kerana takut adam akan malu dan rasa x senang andai bunga itu ditolak depan depan rakan nya.
"embun pun x kna mampu.....menyubur sekuntummm...bunga yg layu..." lelaki yg ramai ramai td menyanyi.
malu. haru. x tau nak letak muka kat mana lisa rase mase tu.
"eh jap jap. adam ambil sehelai kertas dan menulis seusatu
" 0127066410" lalu dia memasukkan percaan kertas itu ke dalam jambangan bunga tersebut.
lisa tanpa perasaan meletak bunga bunga itu atas meja dan blah ke bilik rakan rakan yg len.
"korg korg. adam bg aku bunge td"
"yekee??? pastu camne?" bunyi si aina.
" emm cmne ape.. wat bese dah ah.. aku xnk tau weh kt dia.. taw korg... aku serik.."
yang lain sekadar mengangguk menyokong. apa yg terbaik utk lisa terbaik jugaklah utk dorg.
..........................................
tibalah summer holiday gitew. lisa duduk rumah cuti tu dgn penuh kebosanan.
dan mulalah hari hari mengadap komputer menaip itu menaip ini menconteng sana menconteng sini..
dan hari hari jugalah si adam mengacau si lisa. lisa sedar itu. gasak lah org kate lisa perasan pon.
dia pedulik apa. dia tau ape yg dia rasa. huuuuu
hari hari bercerita. hahari bertanya khabar. hari hari. tp hanya dalam maya.
namun tak sekali lisa menekan henset menaip mesej apetah lagi mendail nombor yg tertulis atas kertas kecil itu. dan tak pernah sekali pun jugak adam bertanya lisa tentang itu. agak cool lagaknya.
sampai hari terakhir cuti. tiada apa apa yg berlaku. seperti biasa.
.........................................
adam iskadar : em.. mana lisa ? dia sehat? >
atiqah : hah adam rindu lisa la tu kan? >
adam iskandar : agak laahh >
atiqah : eh. ni lisa ade kt bilik. nak chat ngn dia?
adam iskandar : boleh jugek.
atiqah : hai adam !!
adam iskandar : hai lisaa. lama x dgr cite. lisa,,, nak nombor boleh??
lisa terdiam jap. err...nak bg ke xnk ni.......hmm...........
atiqah : ehh.. igt free ke??? piza mcd kfc? ade bran......
adam iskandar : xde hal lah.....hihi
atiqah : ok. 013634*28* nah.
lantas.......
henset lisa menjerit.
"ni no adam ye" melalui sms.
"ok" lisa membalas.
"gudnite lisa"
"gudnite"
oke dah. sampai situ.
dan begitulah. hari hari seterusnya. ada masa masa ahaja lisa dan adam berhubung.
segalanya berjalan secara perlahan lahan.
memang cool.
..........................................
"lisa hujung minggu ni free x?" adam sekadar bertanya
''hmm mcm nak blk umah, tp x taw la lg" lisa dpt bau ade org nak blanje. yeay!
"hmm kite keluar nak...?"
"hmm boleh jugak " jawab lisa. yess yess. dlm ati.
...........................
"ish mane adam ni....x roger roger pon. lembap seh die nih. kang aku blk umah kang.... " omel lisa dlm ati. tgh tgh kelas ganti pagi pagi sabtu mcm ni. sape x bengang kan kelas weekend urhhgg.
"adam cmne ni. jadik x?" sms lisa pd adam.
sejam kemudian.
" err. sori adam bru bgn. emm. ntah laa, xtau." adam bls.
lisa dpt rase drh dan angin berrebut rebut menyerbu ke muka. "ergh ni panas ni.nole lak mamat ni bru bgn, dah tu bole ckp x taw. nak ckp nak, xnk sudah," lisa membebel sorg2.xpe lisa,, sabar . sabar...
lalu " emm, kalo cmtu lisa blk umah lah." lisa balas lambat lambat.
" kalo dahmlisa nak blk xkn adam nk halang" blas adam.
perggghh mamat nih. camtu jek? mmg ati kering lah ko nih. x reti bina ayat membina lgsg. pujuk lah skit ke dah aku bengang. lisa bengang lagi.
dan memang lisa blk rumah jugak minggu tu.
adam dah menunggu depan kolej. melihat lisa blk. tp senyuman jugaj yg lisa bagi. nasib nasib...
minggu seterusnya.
maka terjadiklah adegan keluar mengeluar buat pertama kali lisa dan adam.
mereka ke mid valley pd hari itu.
segalanya berjalan lancar. lisa dpt rase dia agak serasi dgn adam. mcm dah biasa jumpa dan dah lama kenal. ini pertama kali lisa berdepan ngn adam sebenarnya.
tapi. bohonglah kalau lisa ckp lida tak berdebar. mmg berdebar, huuu.
ramadhan tiba. alhamdulilah.
ramadhan kali ini lisa dapat tugasan baru.
kerja part time kejut org sahur.
ahaha.
kerja lisa pagi pagi kejut adam sahur.
lisa rase seronok buat mcm tu. mgkn ikhlas pd lisa.
lisa juga sudah mula merasai sesuatu pada adam.
namun. hanya lisakah yg merasainya?
adam nampak caring pd caranya namun x pernah sekali pun dia meluahkan apa apa dgn kata kata..
memang pelan adam kayuh. setapak demi setapak.
bahagia itu umpama rama rama
makin dikejar makin jauh ia terbang
namun akak sampai ketika
ia datang menghinggap
walaupun tanpa dipinta
jika bhagia itu umpama rama rama. sudikah lisa menjdai rama rama dlm hidup adam?
..............
terdiam lisa. eh. adam bru bgn tido ea?? ngigau??? lisa menutup resah.
adam hanya tersenyum menamatkan dialog ini.
hinggalahhhh.....
ntah kali ke berapa adam keluar bersama lisa sebagai kawan teman tapi mesra gitu.
di sebuah tasik berhadapan rumah Allah yg tersergam indah.
terukir lah sribu kenangan semacam perasaan satu perjanjian. satu percaturan.
sebuah cerita best yg disampaikan adam kepada lisa. terselit satu makna yg mendalam.
lisa cuba mengawal diri dgn muka yg x bersalah lgsg.
"oke stret to the point. boleh x kita jdi lebih dr kawan? sikiiiit pon jadi la....
adam ikhlas. adam x main main. adam serius. dlm bulan ramadhan ni adam ckp kt lisa..
"lisa diamdan senyum dan memang x berani sekali pun mengangkat muka memandang adam.
insyaAllah.. jawab lisa..
maka. bermula lah saat itu. mereka menjadi lebih mesra dan lebih mengenali antara satu sama lain.
itulah tanggal 31 ogos 2010.
.....................................
masam manis pahit dilalui besama semusim.
gembira sedih cemburu marah benci sayang rindu kecewa datang silih berganti.
segalanya mematangkan.
terlalu banyak perkara yg terjadi dlm hidup lisa dan adam.
satu persatu dugaan datang.
satu persatu mereka tempuh dgn tabah.
bila lisa jatuh. adam sentiasa menghulur tangan.
bila adam rebah. lisa sentiasa duduk seiring.
adam sabar dengan kerenah lisa.
lisa tabah menerima adam.
mereka saling memerlukan.
kini adam terpaksa pergi meneruskan perjuangan hidupnya.
meninggalkan lisa di tempat sama.
jatuh bangun sendiri.
namun lisa tahu adam akan sentiasa berdiri bersama menyokong dari jauh.
lisa juga sentiasa berdoa utk adam.
biarpun jauh jasad mereka tetap bersatu.
dan adam pergi utk lisa juga.
pergi berkorban demi membahagiakan lisa kelak. insyaAllah.
semoga mereka menemui jalan bahagia itu. :)
Ya Allah....kau lindungilah mereka dari sebarang kecelakaan. jauhi mereka dari maksiat. tetapkan hati mereka di jalanMu. dan panjangkan jodoh mereka hingga akhir hayat.
~belum tamat~
huhu.. terharu..
ReplyDelete