Saturday, 17 December 2011

kosong.

kosong.
tiada isi.

habis?
hilang?
kalah?

mudah jika kosong dapat ditafsir
pasukan yang kalah tiada gol
pinggan yang kosong tanpa makanan
data yang kosong hilang kemana

jiwa kosong?
samakah?

p.s: mengarut ape nih?

Wednesday, 23 November 2011

...wordless wednesday...




biarlah gambar gambar ini yang menceritakan segalanya....








Saturday, 19 November 2011

~cerpen~

Episod Cinta



lebih kurang pukul 12 malam.
"kreeekkk". pintu dikuak.
"assalamualaikum, lisa....oh lisa.." 
"ye.....oh. kak atul.."  terkejut si adik apabila kepala kakak seniornya terjegul di muka pintu.
"ermm, nape kak?"
"x de pe....ni haaa.. ade org nak ckp.." jawab si akak lalu menghulur telefon bimbit di tangan. dan dengan serba salah dan penuh tanda tanya, si adik mengambil telefon tersebut.

"err... hello, assalamualaikum.." agak bergetar suara si adik.
" waalaikumsalam.." terkejut pabila suara garau yang  menyambut di sana.
" lisa...adam ni. err... dgr eh..."
lantas adam melagukan lagu ulangtahun yang sebenarnya agak jarang didengar atau mgkin hanya lisa yg x pernah dgr sebelum ini dengan petikan gitar yang syahdu di situ.
hampir tersentuh seketika kerna terbuai dengan melodi dan suaranya.
  
" selamat hari lahir lisa..huhu"
"ermm... terima kasih tau.....terima kasih banyak banyak."
lisa malu sebenarnya. tak pernah sekali pun berbicara dengan adam yang merupakan senior tempat dia belajar dan sekelas juga dengan akak atul yang searas dengannya di kolej dang anum.


"nah akak..." huhuhu malu malu si adik.
" cewahhh. ade org wish besday laa.. adam xde nombor lisa.. tu dia suruh akak g bilik lisa nak wish besday katenye.." sambil menyambut telefon di tangan lisa.
" oh xpe lah kalo macam tu kak.. terima kasih eh.."
"same same, hepi besday lisa!"


lisa masuk kembali ke kamarnya.
baru tadi rakan rakan sekelas mem'prank' lisa dengan prank yg agk terkejut dengan ulat dan kek. masuk pula pelbagai panggilan dan pesanan yang memberi ucapan selamat hari lahir. dah tua laahh. jgn nakal nakal..juga panggilan daripada rumah. ucapan dari mama. abah. adik adik..huhu. gembira.

hampir melelapkan mata lisa kembali berfikir. kenapa adam yang entah sape sape telefon lisa tengah malam utk wish smate mate? bkn kenal pon hatta berbicara sekali pun tidak. wish je lah kt fesbuk kan ape susah. errrm....org yg ditunggu pun senyap sunyi tanpa satu pesanan boleh x igt. atau sebenarnya bahagia dengan hidupnya tapi adam yg xde kaitan pun boleh telefon. siap bergitar gitar lagi... berfikir dan berfikir hingga matanya dirasakan kabur dan semakin kabur akhirnyaa gelap. sunyi.



Monday, 14 November 2011

.... (part 2)

hari itu..
bakal tiba..

namun..
kenangan indah..
suka..
duka..
sedih gembira..
akan dibawa bersama..

aku dan kau..
gua dan lu..
tetap akan bersama

'he' will be always loving you..

Thursday, 22 September 2011

.......

Ya Tuhan, 
sekiranya pilihanku ini terbaik untukku, terbaik untuk hidupku, terbaik untuk agamaMu, maka permudahkanlah jalanku menujunya. 
Namun jika pilihanku ini tidak memberi kebaikan padaku, pada hidupku, bahkan memberi keburukan pada agamaMu, maka palingkanlah ia dari takdir hidupku. 
Sesungguhnya, aku tidak mengetahui, Engkau Maha mengetahui. Aku tidak berkuasa, Engkau Maha berkuasa. Aku redha denganMu ya Tuhan. 
Amin.

Sunday, 4 September 2011

cotton gurl! gedik~

iyyuuhhuuu!!!
assalamualaikum sayang. hik3.
hurrmm....cdey nye kaki awak sakit yee....hm tu laaa len kali hati2 taw~
huuuu, kalo awk x syg kaki awk pon awk syg la saye....
saye cdey taw kalo awak sakit2. huk2.
awk jage diri taw, xmo sakit2 daaa~



hm, ni ade gmbo2 raye yg saya pakai cotton aritu.
weeee~
nah! utk awak yg jauh di mata dekat di hati~
huuuuuu~















Wednesday, 31 August 2011

semusim..

semusim,
masa yang diharung hingga kini,
dari saat kebenaran diketahui,
kebenaran dari jiwa yang abdi..

masa berlalu,
biar lama dimamah waktu,
namun terasa singkat begitu,
manis.. pahit.. ceria.. berkaca,
semuanya ditelan bersama.

ya Rabbi..
pintaku padaMu yang Maha Abadi,
kekalkan rasa kasih yang bersemi,
antara kami,
seperti Kau kekalkan kami,
di jalan menujuMu ya Illahi..


Monday, 22 August 2011

=)


gua sayang sama lu
aku cinta kamu
i love you
ti amo
Je t'aime
te quiero
میں تم سے پیار کرتی ہوں 
私はあなたを愛して
사랑해
我爱你   

Saturday, 13 August 2011

keEnam kali..

salam ramadhan...

terima kasih sebab ingatkan gua pasal bulan suci ramdhan, dan isi-isinya. sesungguhnya setiap manusia itu mempunyai persamaan, iaitu sifat lupa. dan sesungguhnya, setiap manusia itu berada dalam keadaan rugi. melainkan orang yang beramal soleh, dan berpesan-pesan akan sabar dan kebenaran. amin.
mungkin gua sama lu tak boleh nak jadi manusia yang maksum, atau terbaik. tapi, dengan izinNya, mungkin gua sama lu boleh jadi lebih baik dengan sentiasa saling mengingati, sesama manusia...

=)

sejak tahun 2006, ramadhan kali ni adalah yang keenam bagi gua, selama gua bergelar guru pelatih. 6x puasa = 6 tahun.. lama kan?
(abaikan kiraan yang salah ni, saja nak bagi nampak lama sikit)
bila dah lama-lama camni, mula la gua nak ingat-ingat balik, apa yang jadi sejak puasa pertama gua. macam-macam kenangan puasa ada dalam memori gua. yang best, xbest, sume ade. haha
kalau kira raya, baju melayu saya dah ckup 6 pasang. pasni kalau nk pakai tiap-tiap hari wat pergi kuliah pun cukup. haha.

senarai warna baju raya:

1. maroon 2006
2. hijau florescent 2007
3. biru muda 2008
4. hot pink 2009
5. hijau pas 2010
6. ungu 2011

haha.. banyak x? thanx mama, tiap-tiap taun watkan baju raya. lain2 taun abg watkan mama lak. =)

em, memori bulan puasa ni xbape ingat sangat sebenarnya. cume yang paling memberi kesan taun 2008, sebab dapat kawan ngan sorang brader KPLI, yang brotherhood dia sangat kuat. kitorang dah rasa dia cam abang ktorang sendiri. teringat waktu buka, dye suka beli air belimbing kat ampangan. haha.

ramadhan yang lain, lebih2 kurang sama je. taun 2009, taun banyak benda sedih terjadi. huhu.

tapi, sejak puasa taun lepas, gua dah ade sorang yang special dalam hidup gua. dan puasa kali ni pon, dia tetap bersama gua. dan gua harap, sampai puasa yang terakhir dalam hidup gua pun gua akan tetap bersama dengan dia. huhu.

dah, tu je.. =)

p.s: gua sayang manyak kuat sama itu olang la..

malam seribu bulan :)

bismillah. 

haiiyoh~ sibuk2 esaimen ni nyempat pulekk nak post2 ek?

well dah lame sgt x post pape kat cni. kan kan?
x sempat la nk cite pape. huhu,
sebuk sgt, beselahh anak angkat Kak Pu. hooray2! 
sem yang sgt seronok!  =..='

hokay. sesaje nak sharing caring benda best kat cni. 
almaklumlahh sakit pinggang dah ngadap segala jadah teori konstruktivisme dan humanisme.
huh. bunyik cam dah jalan je kerja2 tuh =_='
padahal baru carik je pon info sket2. hihi.
ah. pdulik.



sape penah dgr pasal malam SERIBU bulan? hangguk pale!
awak pernah? ce ctee~
malam ini dinamakan LAILATUL QADR.  :)








malam Lailatul Qadr ini terdapat pada 10 malam terakhir dalam bulan Ramadhan..
terdpat baaaanyak kelebihan pada malam Lailatul Qadr ini.





doa mencari LAILATULQADR :) 




 "Sesungguhnya kami menurunkan Al-Quran pada malam Lailatulqadar dan apakah yang menyebabkan engkau mengerti apa itu Lailatulqadar. Lailatulqadar lebih baik daripada 1000 bulan. Pada malam itu, para malaikat dan Jibril turun dengan keizinan daripada Tuhan mereka untuk setiap urusan. Malam ini sejahtera hingga terbit fajar".


Lailatulqadar mempunyai kelebihan yang begitu besar. Ianya lebih baik dari 1000 bulan yang lain. Sebab diturunkan ayat tersebut diriwayatkan daripada Mujahid dikatakan sebab turun ayat tersebut ialah Nabi s.a.w. telah menyebut tentang seorang lelaki daripada Bani Israel yang telah menggunakan alat senjatanya untuk berperang pada jalan Allah maka orang Islam pun kagum di atas perbuatan itu lalu Allah menurunkan ayat di atas.



ini ada sedikit info yang sy dapat dan nak share kan same2. hihi.

formula utk dpt kan malam LailatulQadr :
 (Pesanan Imam Ghazali ke atas anaknya muridnya Syeikh Hassan)

jika Ramadhan hari Sabtu. ia jatuh pada mlm 23
jika Ramadhan hari Khamis. ia jatuh pada mlm 25
jika Ramadhan hari Selasa/Jumaat. ia jatuh pada mlm 27
jika Ramadhan hari Isnin. ia jatuh pada mlm 21
jika Ramadhan hari Ahad/Rabu. ia jatuh pada mlm 29



Tanda-tanda malam Lailatul Qadr :

1/3 malam alam disinari cahaya umpama bulan purnama
Tiupan angin seolah-olah bertasbih
Pokok-pokok rukuk seolah bersujud kepada Allah
Keesokkan harinya matahari bersinar dengan terang dan terasa nyaman











Amalan harian seorang muslim dalam bulan Ramadhan :


Jangan tinggal solat sunat Terawikh
Perbanyakkan tilawah
Banyakkan sedekah
Banyakkan istigfar,zikir dan selawat
Memberi makan kepada yang berbuka
Iktikaf di masjid
Qiamullail
Segera membayar zakat









Adab berpuasa :

Ikhlaskan niat mentaati Allah
Berpuasa menepati sunnah Nabi S.A.W
Bersahur dan berbuka mengikut sunnah
Jauhi maksiat hati,lisan, akal dan fikiran
jadikan puasa sebagai ibadah bukan adat
jadikan ini Ramadhan terakhir
berbuka dengan makanan yang Halal
Jangan membazir semasa berbuka
Kurangkan tidur.










huhuhu. alhamdulilah dapat juga kita bertemu dengan Ramadhan kali ini. ni saje yg ingin sy kongsi dengan awak. huhu. sume ini merupakan panduan dan peringatan  utk diri saye juge. moga kita sama sama dapt mempertingkatkan diri kita. moga Ramadhan kali ini memberi kita kesedaran dan membaiki kesilapan lalu. 
=')






Thursday, 16 June 2011

Tag..tag..

1. Put your music on shuffle.

2. For each question, press the next button to get your answer.

3.YOU MUST WRITE THAT SONG NAME DOWN NO MATTER HOW SILLY IT SOUNDS!

4. Tag 10 friends who might enjoy doing the memo as well as the person you got the memo from.

Tuesday, 14 June 2011

People do changes..part 2

Assalamualaikum w.b.t.. kehadapan kekasihku yang ku cintai..

1st of all, gua sebenarnya sangat tertarik dengan entri lu seblom ni mengenai perubahan henpon2 lu..haha..menarik2..
So, tetiba gua pon dapat la satu idea untuk menulis pasal perubahan2 gak. Tapi bukan perubahan tingkah laku, pakaian ataupun status rumah tangga gua. Tapi benda yang sangat common dengan kehidupan gua sehari-harian.

Iaitu......

Monday, 13 June 2011

its enough.


ok. assalamualaikum.
its time to talk.
enough for silence.




Painting wit light..

This picture actually were taken a long-long time ago..
(please ignore the grammatical error)

dengan menggunakan kamera DSLR murah yang digunakan untuk amik gambar sekolah..
maka terhasillah..~

Sunday, 12 June 2011

jaga selalu hatimu


jaga hatiku seperti mana aku menjaga hatimu.
hati ini telah kau lukai.



















My bad..

Kehadapan kekasihku yang jauh di mata..

1st of all, ni ade satu teka teki.. haiwan ape pandai minum air bandung??
Jawapan : Haiwan ni selalu wat benda x berape bijak (bodo) ke atas tuannye sendiri. Menyebabkan tuannya ingin menyembelihnya lalu dibuat gulai. =(

         Setelah membuat kesalahan yang agak besar, haiwan ini telah dihukum dengan agak keras oleh tuannya sendiri dengan cara tidak diberi makanan layanan keatasnya. Namun, terdapat satu lagi hukuman yang lebih dasat telah diterima beliau, apabila mendapat ucapan penghargaan berupa makian, "AKU B*%$# KAU..!!!"..
Memang dasat.. Sentap hati mak, nak..

          Haiwan itu lebih rela dicubit, dipukul, dipelangkung, diterajang mahupun dikokang dari dihukum sedemikian rupa. Sesungguhnya, hukuman berupa serangan psikologi yang menyentap jiwa dan perasaan lebih memberi kesan yang mendalam ke atas haiwan tersebut.

          Tapi mengikut teori Behaviouris yang dipelopori oleh Skinner dan lain-lain, Pengukuhan Negatif sememangnya sangat memberi kesan kepada pelaku dan juga sampel. Haiwan itu sangat kesal dengan perbuatan beliau dan berusaha untuk tidak mengulangi perbuatan-perbuatan terkutuk yang menyalahi undang-undang serta kehendak tuannya. (padan muka)

          Haiwan tersebut lebih rela untuk mati disembelih dan dibuat lauk makan malam dari melihat tuannya bersedih akibat dirinya, dan lebih teruk lagi membenci dirinya yang hina. Haiwan ini juga lebih rela bersendirian seorang diri sampai mati, dari tidak dapat dipelihara oleh tuannya yang sangat beliau sayangi.

          Akhir kata, saya bagi pihak 'haiwan' diatas, dengan serendah-rendah hati dan diri, memohon maaf sekali lagi kerana sering melukakan hati saudari. Saya berjanji agar sentiasa menjaga hati dan diri saudari sebaik-baiknya seperti yang saudari berhak untuk mendapatkannya.

Yang Benar,
Umar Othman..

p.s: nk try gak letak video kt cni

Wednesday, 8 June 2011

people do change :)


first of all.


:)
alhamdulilah

untuk nafas yg masih berhembus.
nadi yg masih berdenyut.
kaki yg lancar berjalan.
tangan yang gagah menggenggam
bibir yg lantang mengungkap.
telinga yg pantas mendengar.
juga untuk segala nikmat dan inayah yg indah.




heee. 
how are u there?
sehat sehat lah hendaknye ye.
sy disini dilanda jangkitan virus selsema 
yg entah bila akan hilang.
pantang 'hujan' di kala malam
dtg lah virus selsema yg memeritkan rongga hidung
dan kadang2 naik ke kepala.
huhu
but don wory
i'll be fine :)


Monday, 6 June 2011

....kegemaranku...

alohaaii~
hohoohohoho bese lah kan.. 
coti2 nih ambe xde keje sgt...
bosan2 dirumah ini ambe dok ngadap laptop aje ler..
jadik....
bileda ngadap laptop tuh mcm bese on9ing..facebooking..blogging..
wut else??
hahaha..dari ambe melalut yg bukan bukan adelah baiknye ambe wat benda pekdah..
ape kah benda pekdah itu?
hahahahah. 
edit2 gambo lah.tengok2 lah muvie lah. hai nampak beno bosannye ek?
pastu kan,, hmm....kite jauh ngn pakwe kite lahh.
taw x..
kite rindu sgt kt dy..
tp kdg2 kite sgn lah nk ckp..
hmm..
lgipon pkwe kite mcm x bape kesah je kt kite...
huk2..
dy sibuk kot...
tp xpelah...nk bg ilang rindu tu kan..
kite tgk2 gmbo lah..
bes jgak ..
pastu kalo dah xde keje sgt kan...
kite edit gmbo tuh. 
nah hamek nih.
ni antara gambar yg jdik feveret kite.
yg kite suke !!!


Sunday, 5 June 2011

☻♥☻ take my heart~

take my heart~


You can take my heart for a walk on the beach
You can take my heart for a little trip
You can take my heart very close to your heart
You can take my heart forever if you like

But not every heart belongs to any other
You and I
You and I are meant to be
I'm the one for you, You're the one for me
You love me as much as I do
When you look at me and we're skin to skin
I want you so
Please come in
And you love me more and more
And my love grows up with you
And you kiss me more and more
And I kiss you, too
And I kiss you, too

If I take your heart, I will cherish it every day
If I take your heart, I will heal these old wounds
If I take your heart, it's to make it happy
If I take your heart, it's forever close to mine

But not every heart belongs to any other
You and I
You and I are meant to be
I'm the one for you, You're the one for me
You love me as much as I do
When you look at me and we're skin to skin
I want you so
Please come in
And you love me more and more
And my love grows up with you
And you kiss me more and more
And I kiss you, too
And I kiss you, too


I don't care, I don't care
If I'm again carried away
If you swear, if you swear
To give me your heart in return
To give me your heart in return

I don't care, I don't care
If I'm again carried away
If you swear, if you swear
To give me your heart in return
To give me your heart in return

p.s : ada orang tu kan...pencurik!! die curik hati saye. huk2~





Friday, 3 June 2011

impianku~ :)

gua suke bermimpi..
hari2 gua mimpi der..hoho~
kadang2 mimpi bes..
kadang mimpi hantu..
kadang2 mimpi mama..
kadang2 mimpi umar..
kadang mimpi kfc..
kadang mimpi aaron aziz...keh3
dan,.,kadang2 mimpi blue opssss~ 
mane ade mane ade. tipuuuuu~ (dengan gaya paaaaalinggg manja)
eeeewwww~ 

bes sgt kan mimpi...?
kalau mimpi tu indahh kann...
bangun2 pagi tu rase ceriaaaa jeek..
bangun2 trus senyummm yg saaangat maniss....
sambil mengeliat tepi tingkap dan berkata...selamat pagi sayaaangg~
(tipu tipu..drama lebeh) keh3~



dah laahh,, enuf2 mencarot yg oiii~
okayy. senanye kn.. ape yg gua nk cite rini iyelahh.. 
iye lahhh..
iyelaaahhhh...........
iyelahhh~~~~~
(woi cepatlah! lembap tol kao nih~)

Sunday, 15 May 2011

boleh ke eh? hurm~

''umpama memakan meratah melahap daging saudara sendiri"


pernah dgr x awk bnd ni? 
hmm...ni ttg ape?
................................
.........................
.............
.........
.......
...
..
.

yup! betul..
MENGUMPAT kan?

barangsiapa yang mengumpat tentang keburukan sesorang itu 
dibelakangnya samalah seperti dia memakan daging kaum kerabatnya sendiri..

awak.. 


bila sy fikir2kan. dalam hidup sy sepanjang 20 tahun ni. 
da bape byk dosa mengumpat sy buat. da bape byk daging saudara saye telan.. eeiiiyukks~
sampainye hati sy mkn daging saudara sy...
byk dosa sy..
tu baru dosa ngumpat je.......belum masuk dosa2 lain lagik.. 
adoi  =_=' 




macam ni lah


UMAR OTHMAN.....

Sunday, 24 April 2011

Antara Aku, Kau dan Dia...???

 


dulu berdua...
sekarang..??
ada dia antara kita...
...
siapa dia..??

Imam kah??

Artis kah??

SIAPA...!!!???

Saturday, 2 April 2011

dilema

Masa berlalu tanpa ku menyadari
percintaan yang kita bina hampir terlerai
Apa salahku kau buat ku begini

dalam dilema di antara jalan derita
tidak pernah kuduga ini semua terjadi oh...

Janganlah engkau menghancurkan segala
setelah lama kita mengarungi bersama
Usah biarkan cinta kita yang suci
dilambung ombak karam di lautan berduri

Hanya satu pintaku moga kau menginsafi
oh...semua ini

Telah banyak yang kuberi sejak dulu lagi
pengorbanan tiada pernah jemu
Hanyalah Tuhan saja bisa menentukan semua
kesabaran daku menantimu oh...
Kutetap memaafkan dan berdoa kau kembali 
sebelum diri melangkah pergi





p/s : tiada makna tersirat...tbe2 terlayan lagu ni..  :)

Monday, 28 March 2011

Kehilangan Magis Untuk Bercinta Lagi

Demi kekasih yang menagih chenta..

Lima tahun menanam chenta
Menyerap isi dunia
Segalanya untuk kekasih-kekasih yang kehausan chentanya..

Waktu berganjak tanpa rela
Masa beransur tanpa rasa

Jiwa penchenta yang fitrahnya
sentiasa melabuhkan chentanya
tanpa dipaksa
tidak menagih balasan dunia
Hanya sekadar mahu melihat
kekasihnya setia

Kini,
sang penchenta..
semakin kehilangan magis dan kurnia
yang selalu menghangatkan chenta
yang diberikan kepada si kekasih jiwa..

Kepada Sang Pencipta
Yang Maha Agung dan Maha Bijaksana
Kurniakanlah kepada penchenta
Segala magis dan kuasa
demi menambah kemanisan chenta
hanya untuk kekasih-kekasihnya
yang semakin kehausan chentanya

Monday, 21 March 2011

Pengalaman Bergembira di Sekolah :)

SELAMAT PAGI CIKGU!!!



huuaaarrgghh!!! memekak aah fon nih~
alarm menjerit2 memanggil..kurang kasih syg btol fon nih..eh..tak tak..alala syg awk cik henpon..muah!
 thanx kejot eyh...hik3..
ayu!! banguunlah ayunni...
beratnye pale nk bgn pgi ni....
weh! sekolah la riniiii~ ngeee..ok!!!semangat!! (org fes bgn aw) bangge an...
sebagai org fes mandi..ehem..hehe
da cyap solat tepon pakwe make up pakai slendang wangi2 comel2 trus g brekfes salam umi jalan p kt kete ok sampai skolaa!! 


awal pagi di pejabat :)

cikgu x cikgu x??hek2~ :D
wahh..santek skola ni,,(cdapkan aty) hik3..tp mmg santek la taw..

Friday, 18 March 2011

Blog sejuk..( bukan blok D, blok rxz atau pun blok 404) hehe..

Pagi-pagi lagi mak gua dah wat alarm subuh beserta wasiat-wasiat berbentuk tugasan yang gua kena jalankan hari ni. Susah gak nak memorize data berbentuk arahan suara separa jerit dari mak gua. Tapi nasib baik gua dah selalu training bangun pagi terus berbual (ngan awek gua). Macam slot perbualan pagi kalau kat kelas pra. Haha.. persetankan tu sume.

Tegak kepada perpuluhan, (straight to the point)..

Tugasannye ialah,
1. pergi kedai mesin, hantar mesin rumput kasi repair
2. beli baja kelape sawit
3. beli bateri kereta

Pagi-pagi lagi gua terus gegar adik gua, ajak temankan gua buat tugasan tugasan dari bonda ni. Terus ke Parit Raja, hantar mesin. Tak citer banyak, terus blah pergi bandar, atau lebih tepat lagi Balai Polis.
Sampai-sampai je kat kaunter saman, gua tanye pakcik polis.

Thursday, 17 March 2011

baik punye!!

PUtu wAriSan~


hai malaysiaa! hek. oke awk, arini nk cte pasal benda best yg saye jumpe td mase otw nk blk kg..
mmg x kn jumpe kt mane2 laahh..(sy rase laa)
benda ni jumpe kt tepi jln sbelum smpi ke rumah kg saye di Merlimau..
ni diaaa! taaddaaaa!!

PUTU PIRING tradisional!!


ape yg hebat sgt kuih ni??

Wednesday, 16 March 2011

Mari Berpantun.. =P

Kain batik kepala dua,
Pakai mari sebelah kiri,
Sudah suka kita berdua,
Orang lain jangan peduli

Sayang gulatik burung guladan,
Sayang tekukur terbang tinggi,
Sudah cantik sama padan,
Mari ukur siapa yang tinggi.. =p

Pukul rebana berbunyi tambur,
Orang menari di tengah halaman,
Tuan di sana rindu tak tidur,
Saya di sini rindu tak makan

Pucuk pauh delima batu,
Anak sembilang di tapak tangan,
Tuan jauh di negeri satu,
Di mata hilang di hati jangan..

Jawapan:

Ikan sepat ikan tenggiri,
Mengoca mengail dalam perigi,
Bukan niat hendak peduli,
Cuma diri berhati-hati

buaya darat bukan idaman,
buaya liar jangan dekati,
jangan dilihat pada ukuran,
biar rendah budinya tinggi (huh !!)

telur diperam di dalam raga,
si ibu menanti hatinya sabar,
makan minum harus dijaga,
rindu dihati tiada penawar =)

jalan mengiring si ketam batu,
emas disimpan di dalam peti,
biar jauh beribu batu,
namun setia tetap di hati...

p.s: (dikarang pada 29 Oktober taun lepas... haha)

.....

You were my little baby girl
And I knew all your fears
Such joy to hold you in my arms
And kiss away your tears
But now you're gone
There's only pain
And nothing I can do
And I don't want to live this life
If I can't live for you.
-John Simon Ritchie

day at museum™

yuhhuuuww!! arini kite layan adik2 kite g mlawat MUZIUM negara yg 
terletak di KUALA LUMPUR™.. oke??
hoho. da bape lame ntah x mlawat muzium tuh. 
ase2 an ade las skali g mase lwtn skola tem darjah 6 dulu. hik3
da berzaman kot..
huuu, oke bgn2 pg td abah kjot. jerit mcm ape bru celik. asl tah pg td susa nau nk bgn.
mlm td g noreh gaknye..ltih kemain..huhu..then, grk la g KL..
leh plak kt KL uh sesat.(mcm x bese sesat kt KL) huu
lame gak baru jmpe jln nk masuk muzium tuh. abh da berpeluh,fuuh~
oke SAMPAI !! senang  je jalan kt KL ni.. ek? apelah sgt =_='
pastu jalan2 pusing satu muzium.. BEST ape?? byk sjrah taw dlm tu..hoho..(pdhal boring cm hape)
agak2 da nk beku kt dlm tu (sbb ekon dan BOSAN) kami pn kua!!! akhirnyee. adehh~
kt lua kn mama blanje eskrem,, nyummm!
da abes ngokngek ngokngek kt lua tu kami pon GERAK!
daannn.. ni yg bes ni.. hala tuju seterusnya....
MID VALLEY MEGAMALL©
kat mid laaagii hampehh.. carik parking mcm hape..cyes x tipu..sejam kot tggu parking. 
las skali abh soh ayu kua g bayar parking pastu kite blk.. oke oke (hampa)
then bile kua tbe2 ade amoi ni g kt kete, hape lgi ayu pn bedesupp g kt kete dy.. 
reserved parking (mcm ni pn ade ek??)
pastu kn,, kn.. ade mamat cine neh sound. da la pakai subang.. 
are u standing here to reserved parking???!! (tengking cyap)
err.. yess2....(brani lg menjawab)huuu..

oke.. makan2,,mkn mcd taw ayu (mmg diet berkhasiat) soping2,, BALIK!! wahh. pnaat.. tu pn abh ngn ajen nyempat g swim.
amalan gaya hidup sehat bukan?? hoho. da pnat.. balik jumpe somel2 due org itu !! poppie poppet..
 rndu sgt....
tapi... laaaagii RINDU kt org jauh tuu.. huhu
miss u!!

my macho abah wif my gedix ajen!!

outside muzim !!

ta' melayu hilang di dunia

hoyehh!!


afamosa jadian :)

tergode x tergode x?? hek2

alahh ajen nehh~ kacau !

amacam?bestkan??

sempat men gem lagi aw. sustegan promotion..kikiki :)

oke shoot!!















starting our journey~

:: Bismillah. Dengan nama Allah. In the name of Allah ::


ni post pertama. sempoi2 je da aw. pasal?? pasal.. 
ni blog saya dan awak je. :) oke?
hanya saya dan awak yg bace..
kalau org lain nk bace tu terpulang la..
taw??
tp jgn ckp byk eh..bace senyum dan diam..
tp kalau awak yg bace,, 
komen la pape pon. saye x kesah..
hm..
oke...dlm blog ni..kte bole cte pape pon..
xkesah la pasal sape2 pn..
nenek awak ke. mama saya ke. adik awak ke. abah saya ke.
skola awk ke.klas saye ke. maktab kite ke. 
awk nk cte pasal isu2 semasa ke, pasal politik ke ahh pape yg awk nk share laah. sy xkesah..
taw2??
em...saye pn x pandai berblog2 ni..kite same oke?
juz...konon2 la ni tmpt utk kite cte pape pn ,kre diari kte la kn.. 
alaaahhh..bantai jek laa ek...kikiki~ 
kalau awk rindu pn awk bole gtaw kt cni taww.. (gedik nye laahh) heee
ahhh bia laaa...bkn ngn org lain pn..ngn awk jek kn?? hehe
oke..da ckup.ni testing2 je..pasni byk lgi nk cte kt awk,, hehe. tggu taw,,t sy post lain..
awk pn jgn la mls2 post pape taw..taw awk, plisss~ hee 
:) syg awk (:




psss.. : jgn gtaw org pasal blog kite ni taw..tp kalau org nk bace tpulang cume jgn bising da laa..kang kontroversi lagi..hehehe~