Sunday, 12 June 2011

My bad..

Kehadapan kekasihku yang jauh di mata..

1st of all, ni ade satu teka teki.. haiwan ape pandai minum air bandung??
Jawapan : Haiwan ni selalu wat benda x berape bijak (bodo) ke atas tuannye sendiri. Menyebabkan tuannya ingin menyembelihnya lalu dibuat gulai. =(

         Setelah membuat kesalahan yang agak besar, haiwan ini telah dihukum dengan agak keras oleh tuannya sendiri dengan cara tidak diberi makanan layanan keatasnya. Namun, terdapat satu lagi hukuman yang lebih dasat telah diterima beliau, apabila mendapat ucapan penghargaan berupa makian, "AKU B*%$# KAU..!!!"..
Memang dasat.. Sentap hati mak, nak..

          Haiwan itu lebih rela dicubit, dipukul, dipelangkung, diterajang mahupun dikokang dari dihukum sedemikian rupa. Sesungguhnya, hukuman berupa serangan psikologi yang menyentap jiwa dan perasaan lebih memberi kesan yang mendalam ke atas haiwan tersebut.

          Tapi mengikut teori Behaviouris yang dipelopori oleh Skinner dan lain-lain, Pengukuhan Negatif sememangnya sangat memberi kesan kepada pelaku dan juga sampel. Haiwan itu sangat kesal dengan perbuatan beliau dan berusaha untuk tidak mengulangi perbuatan-perbuatan terkutuk yang menyalahi undang-undang serta kehendak tuannya. (padan muka)

          Haiwan tersebut lebih rela untuk mati disembelih dan dibuat lauk makan malam dari melihat tuannya bersedih akibat dirinya, dan lebih teruk lagi membenci dirinya yang hina. Haiwan ini juga lebih rela bersendirian seorang diri sampai mati, dari tidak dapat dipelihara oleh tuannya yang sangat beliau sayangi.

          Akhir kata, saya bagi pihak 'haiwan' diatas, dengan serendah-rendah hati dan diri, memohon maaf sekali lagi kerana sering melukakan hati saudari. Saya berjanji agar sentiasa menjaga hati dan diri saudari sebaik-baiknya seperti yang saudari berhak untuk mendapatkannya.

Yang Benar,
Umar Othman..

p.s: nk try gak letak video kt cni

No comments:

Post a Comment