bismillah.
haiiyoh~ sibuk2 esaimen ni nyempat pulekk nak post2 ek?
well dah lame sgt x post pape kat cni. kan kan?
x sempat la nk cite pape. huhu,
sebuk sgt, beselahh anak angkat Kak Pu. hooray2!
sem yang sgt seronok! =..='
hokay. sesaje nak sharing caring benda best kat cni.
almaklumlahh sakit pinggang dah ngadap segala jadah teori konstruktivisme dan humanisme.
huh. bunyik cam dah jalan je kerja2 tuh =_='
padahal baru carik je pon info sket2. hihi.
ah. pdulik.
sape penah dgr pasal malam SERIBU bulan? hangguk pale!
awak pernah? ce ctee~
malam ini dinamakan LAILATUL QADR. :)
malam Lailatul Qadr ini terdapat pada 10 malam terakhir dalam bulan Ramadhan..
terdpat baaaanyak kelebihan pada malam Lailatul Qadr ini.
 |
doa mencari LAILATULQADR :) |
"Sesungguhnya kami menurunkan Al-Quran pada malam Lailatulqadar dan apakah yang menyebabkan engkau mengerti apa itu Lailatulqadar. Lailatulqadar lebih baik daripada 1000 bulan. Pada malam itu, para malaikat dan Jibril turun dengan keizinan daripada Tuhan mereka untuk setiap urusan. Malam ini sejahtera hingga terbit fajar".
Lailatulqadar mempunyai kelebihan yang begitu besar. Ianya lebih baik dari 1000 bulan yang lain. Sebab diturunkan ayat tersebut diriwayatkan daripada Mujahid dikatakan sebab turun ayat tersebut ialah Nabi s.a.w. telah menyebut tentang seorang lelaki daripada Bani Israel yang telah menggunakan alat senjatanya untuk berperang pada jalan Allah maka orang Islam pun kagum di atas perbuatan itu lalu Allah menurunkan ayat di atas.
ini ada sedikit info yang sy dapat dan nak share kan same2. hihi.
formula utk dpt kan malam LailatulQadr :
(Pesanan Imam Ghazali ke atas anaknya muridnya Syeikh Hassan)
jika Ramadhan hari Sabtu. ia jatuh pada mlm 23
jika Ramadhan hari Khamis. ia jatuh pada mlm 25
jika Ramadhan hari Selasa/Jumaat. ia jatuh pada mlm 27
jika Ramadhan hari Isnin. ia jatuh pada mlm 21
jika Ramadhan hari Ahad/Rabu. ia jatuh pada mlm 29
Tanda-tanda malam Lailatul Qadr :
1/3 malam alam disinari cahaya umpama bulan purnama
Tiupan angin seolah-olah bertasbih
Pokok-pokok rukuk seolah bersujud kepada Allah
Keesokkan harinya matahari bersinar dengan terang dan terasa nyaman
Amalan harian seorang muslim dalam bulan Ramadhan :
Jangan tinggal solat sunat Terawikh
Perbanyakkan tilawah
Banyakkan sedekah
Banyakkan istigfar,zikir dan selawat
Memberi makan kepada yang berbuka
Iktikaf di masjid
Qiamullail
Segera membayar zakat
Adab berpuasa :
Ikhlaskan niat mentaati Allah
Berpuasa menepati sunnah Nabi S.A.W
Bersahur dan berbuka mengikut sunnah
Jauhi maksiat hati,lisan, akal dan fikiran
jadikan puasa sebagai ibadah bukan adat
jadikan ini Ramadhan terakhir
berbuka dengan makanan yang Halal
Jangan membazir semasa berbuka
Kurangkan tidur.
huhuhu. alhamdulilah dapat juga kita bertemu dengan Ramadhan kali ini. ni saje yg ingin sy kongsi dengan awak. huhu. sume ini merupakan panduan dan peringatan utk diri saye juge. moga kita sama sama dapt mempertingkatkan diri kita. moga Ramadhan kali ini memberi kita kesedaran dan membaiki kesilapan lalu.
=')